![]() |
(dari Mysumber 2016) |
![]() |
(dari Astro Awani 24 Ogos 2016) |
Malaysia merupakan sebuah negara yang unik. Hal ini demikian kerana masyarakatnya terdiri daripada berbilang kaum iaitu kaum Melayu, Cina, India dan lain-lain. Tiga kaum utama serta rakyat peribumi yang lain dapat hidup dalam keadaan yang aman dan damai. Rakyat Malaysia dapat hidup bersatu padu berdasarkan atas prinsip-prinsip Rukun Negara dan pelbagai langkah telah dilaksanakan untuk memupuk perpaduan rakyat. Salah satu kaedah yang dapat meningkatkan semangat perpaduan masyarakat Malaysia ialah sukan. Hal ini demikian kerana, kebanyakan rakyat Malaysia amat meminati sukan. Bola sepak, bola tampar, badminton, bola keranjang, renang, futsal merupakan sukan yang paling popular di negara kita. Dalam sukan Olimpik Rio yang baru habis pada bulan lepas, Malaysia merupakan salah satu negara yang menghantar atlet ke kejohanan sukan terbesar dunia ini. Acara yang atlet Malaysia bertanding dalam Sukan Olimpik ini ialah acara badminton, lumba basikal, terjun papan anjal, golf, renang, angkat berat, olah raga, perahu layar, menembak, dan memanah. Sukan Olimpik ini menarik minat seluruh rakyat Malaysia bersama-sama menyaksikan masa gemilang Rio Brazil. Walau bagaimanapun, atlet negara tidak dapat memungut pingat Emas dalam Sukan Olimpik edisi 2016 tetapi juga meraih 4 pingat Perak dan 1 pingat Gangsa untuk Malaysia. Sesunggurnya, pencapaian atlet Malaysia di Sukan Olimpik telah membawa pelbagai impak yang positif kepada rakyat dan negara. Tegasnya, sukan merupakan aktiviti yang perlu digalakkan kerana ia memberikan sumbangan kepada pembangunan negara dan juga memanfaatkan individu.
Seperti yang kita maklum, sukan merupakan suatu aktiviti yang amat
memberi manfaat kepada kita sama ada kepada negara atau rakyat. Menurut Utusan
talian pada 22 Ogos 2016, sukan adalah antara saluran paling berkesan bagi
menyatukan rakyat pelbagai kaum di negara ini. Seperti sukan Olimpik 2016 di
Rio Brazil yang baru habis, atlet-atlet Malaysia telah memenangi empat pingat
perak dan satu gangsa malahan kemenangan kepada seluruh rakyat Malaysia yang
cintakan perpaduan. Dalam konteks ini, seluruh rakyat Malaysia tidak mengira
kaum dan agama setia di depan televisyen dan berkumpul di Dataran Putrajaya
atau dataran di seluruh Malaysia untuk mengambil peluang menyaksikan perlawanan
antara atlet negara dengan atlet negara lain. Selain itu, rakyat Malaysia juga tidak
melepaskan peluang untuk bersorak dan memberi sokongan kepada atlet negara
walaupun di depan televisyen sahaja. Hakikatnya, pencapaian pemain negara di
sukan Olimpik Rio ini telah meningkatkan semangat patriotik dan dapat memupuk
perpaduan antara kaum di Malaysia. Oleh itu, sukan mampu memupukkan semangat
satu Malaysia.
Dalam hal ini, semangat satu Malaysia dan semangat tidak berputus asa yang
dicapai oleh atlet negara seperti Datuk Lee Chong Wei, Pandelela Rinong,
Azizulhasni Awang, dan sebagainya telah memberi daya juang kepada atlet-atlet
Paralimpik 2016 di Rio sekarang. Atlet-atlet Paralimipik bukan sahaja menyambungkan
kemenangan pungutan pingat di sukan Olimpik, malah juga berjaya lakar sejarah
menang pingat emas untuk Malaysia. Menurut Berita Harian Online, (11 September
2016) pingat emas pertama dimenangi oleh Mohamad Ridzuan Mohamad Puzi dalam
acara 100m T36 (celebral palsy) dan tidak lama kemudian, pingat emas kedua
diraih Muhammad Ziyad Zolkefli dengan rekod baharu dunia dalam acara lontar peluru
F20 (masalah pembelajaran). Seterusnya, Abdul Latif Romly juga menghadiakan
pingat emas ketiga negara dan pecah rekod dunia dalam acara lompat jauh
kategori T20 (kurang upaya intelektual) di Sukan Paralimpik Rio. Selain itu,
hal ini juga akan menarik lebih banyak generasi muda berminat dengan sukan,
akhirnya Malaysia akan melahirkan pelbagai pemain yang cermelang dan layak lawan atau berlumba di pentas bertaraf antarabangsa. Saya percaya semangat tidak berputus
asa atlet dapat mempengaruhi atlet yang lain untuk membuat yang terbaik dan
melahirkan generasi yang berpotensi tinggi dalam bidang sukan.
Dengan ini, imej negara juga dapat ditingkatkan semasa bendera negara,
Jalur Gemilang dan lagu Negaraku berkumandang di pentas bertaraf dunia. Walau bagaimanapun
Jalur Gembilang dan lagu Negaraku tidak dapat dikumandang, imej negara juga dapat
diharumkan. Hal ini demikian kerana, apabila negara kita mengambil bahagian
dalam sukan yang bertaraf dunia, nama negara Malaysia akan dikenali atau muncul
di televisyen seluruh dunia. Menurut berita Astro Awani (Ogos 25, 2016), Datuk
Nicol Ann David telah mencatat rekod kemenangan Terbuka Hong Kong sebanyak 10
kali sejak 2006. Kemenangan dan pencapaian tersebut turut mengharumkan
nama negara dan imej Malaysia. Tambahan pula, Malaysia telah meriah 4 pingat
Perak dan 1 pingat Gangsa di Sukan Olimpik Rio 2016 dan juga memungut 3 pingat
Emas dan 1 pingat Gangsa di Sukan Paralimpik Rio 2016. Ini juga pencapaian yang
terbaik bagi atlet Malaysia dalam Sukan Olimpik dan Sukan Paralimpik. Hal ini membolehkan
seluruh dunia mengetahui Malaysia merupakan salah satu negara yang cemerlang
dalam bidang sukan dan mengenali negara Malaysia.
Seterusnya, aktiviti sukan telah diakui
penting untuk kesihatan manusia dan mendapat menkuatkan badan kita. Walaupun
aktiviti sukan amat memanfaatkan kesihatan kita, tetapi masih ada orang yang
degil dan tidak suka bersenam atau aktiviti sukan. Oleh hal yang demikian, kita
boleh mengeksploit sukan Olimpik musim panas di Rio ini yang masih hangat,
mengalakkan rakyat terlibat dalam aktiviti sukan. Atlet Malaysia kali ini telah
menjadi idola rakyat Malaysia dan dianggap sebagai wira negara. Jadi, atlet
negara sememangnya mengumandangkan orang ramai melibatkan diri dalam aktiviti
sukan atau bersenam. Pihak berkuasa patut mengiklankan kebaikan sukan di media
massa dan mengekspoit daya tarik atlet terkenal di Malaysia supaya dapat
menarik minat rakyat bersenam. Dalam hal ini, apabila kita bermain bola
keranjang, bola sepak, bola tampar, olahraga, dan badminton misalnya akan
berpeluh dan melancarkan peredaran darah. Hal ini turut membolehkan jantung
kita berfungsi dengan baik, dan juga menguatkan tulang serta otot kita. Dalam
hal yang sama, aktiviti sukan mampu melahirkan masyarakat yang sihat dan turut
membantu kerajaan membangunkan negara.
Mampu atau tidak sukan mengubah
nasib seseorang? Jawapannya. Seperti yang kita maklum, atlet golongan OKU
(orang kurang upaya) telah menghadiakan pingat emas kepada negara Malaysia di
Sukan Paralimpik Rio. Hal ini membuka mata dan minda seluruh masyarakat bahawa
kekurangan bukan satu halangan untuk berlawan. Tambahan pula, kejayaan dan
pengorbanan mereka memberitahu seluruh rakyat prasarana dan kemudahan yang
lebih khusus untuk golongan OKU amat diperlukan. Menurut Utusan Online
(September 14, 2016), Abdul Latif Romly, pemenang pingat emas Sukan Paralimpik
dalam lompat jauh T20 di Rio pernah mencipta kemenangan pertama dalam Sukan
Para ASEAN di Nay Pyi Taw, Myanmar pada 2014 dan telah menghadiahkan wang
kemenangannya untuk dibuat sedikit tambahan rumah dan ruang dapur. Walau beliau
tergolong dalam golongan orang kurang upaya (OKU) tetapi beliau juga seperti
orang lain yang tidak pernah menjadikan kekurangan diri itu sebagai penghalang
tambahan kejayaan. Sekarang beliau mampu mengubah nasib keluarga dan dirinya
untuk memberi tempat tinggi yang lebih selesa kepada keluarganya. Berdasarkan
berita Utusan Online, pada 13 September 2016, seorang bekas atlet memberi
pandangan tentang ketibaan masa kerajaan mewujudkan pusat pengajian khusus,
pelatih professional, pelbagai keperluan dilengkapi untuk atlet OKU supaya
meningkatkan kemahiran sampingan dalam diri. Hal ini juga memberi keyakinan
kepada ibu bapa yang memiliki anak-anak OKU menyerahkan anak mereka ke pangkuan
negara. Oleh itu, hal ini melakar sejarah dalam bidang sukan Malaysia dan
berjaya menarik perhatian seluruh rakyat tentang keperluan yang golongan OKU
perlu.
Secara
kesimpulan, pihak berkuasa atau kerajaan harus mengetahui keperluan yang
betul-betul diperluhi oleh atlet negara. Hal ini demikian kerana prasarana,
kemudahan pusat latihan yang lengkap membolehkan atlet negara dilatih secara
profesional supaya melahirkan seorang atlet yang cermelang dan turut
meningkatkan imej negara. Sehubungan dengan itu, aktiviti sukan juga melahirkan
masyarakat yang berkualiti dan menurunkan kadar kematian negara. Justeru, usaha
untuk meningkatkan kesedaran dan menarik minat orang ramai terlibat dalam
aktiviti sukan yang amat berfaedah ini mestilah dilaksanakan dari semasa ke
semasa supaya merealisasikan matlamat kerajaan serta Wawasan 2020.
(Nicol David: dari Linked in 11 Mac 2016) |
![]() |
(dari Astro Awani 20 Julai 2016) |
Rujukan
Malaysia
lakar sejarah menang 2 emas Paralimpik Rio. (2016, September 11). Berita Harian Online. Dapat kembali September
16, 2016, dari http://www.bharian.com.my/node/191732
Nazmizan
Mohamad. (2016, September 13). Meraikan jagoan istimewa bertaraf dunia. Utusan Online. Dapat kembali September
18, 2016, dari http://m.utusan.com.my/rencana/meraikan-jagoan-istimewa-8232-bertaraf-dunia-1.382178
Nicol
mara ke suku akhir terbuka Hong Kong. (2016, Ogos 25). Astro Awani. Dapat kembali September 16, 2016, dari http://www.astroawani.com/berita-sukan/nicol-mara-ke-suku-akhir-terbuka-hk-115112
Sholina
Osman. (2016, September 15). Latif ubah nasib keluarga. Utusan Online. Dapat kembali September 17, 2016, dari http://www.utusan.com.my/sukan/latif-ubah-nasib-keluarga-1.382808
Sukan
satukan rakyat Malaysia. (2016, Ogos 22). Utusan
Online. Dapat kembali September 17, 2016, dari http://www.utusan.com.my/rencana/forum/sukan-satukan-rakyat-malaysia-1.373355
T-Fal Titanium Pan - Stainless Steel - The Telling Star
ReplyDeleteT-Fal Titanium Pan is a stainless steel bar made of bronze zinc, titanium ore silver and stainless steel. T-Fal Titanium Pan features the highest quality Handle iron titanium height: 38”Handle type: Stainless SteelMeasurements: 0.08 x 0.06 inches; titanium necklace Item dimensions: 8.25 to 23.25 mm x titanium exhaust tips 1.96 x 1.96 inches Item dimensions: 8.25 to 25 mm x 1.96 x 1.96 dental implants inches