Monday, October 10, 2016

faktor-faktor berlakunya gejala rasuah dalam kalangan penjawat awam

            

          Amalan rasuah yang sudah lama wujud di Malaysia semakin membimbangkan. Pada 5 Oktober 2016, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) merampas RM114.5 juta daripada dua orang pegawai kanan sebuah agensi kerajaan Kota Kinabalu, Sabah. Menurut Berita Harian Online pada 5 Oktorber 2016, Timbalan Ketua Pesuruhjaya SPRM (operasi) Datuk Azam Baki berkata rampasan wang tunai tersebut merupakan rampasan yang terbesar dalam sejarah SPRM. Penyalahgunaan kuasa yang membabitkan projek infrastruktur bernilai RM3.3 bilion di Sabah bukan sahaja mengecewakan hati orang Sabah, malah juga mengecewakan hati seluruh rakyat Malaysia. Persoalannya, mengapakan pegawai penjawat awam tersebut tidak bersyukur mempunyai gaji yang stabil dan mendapati makanan yang cukup? Justeru, pelbagai punca gejala rasuah berlaku di kalangan penjawat awam perlu dikenal pasti sebelum nasi menjadi bubur.
SPRM kira duit
(dari Utusan Online pada 5 Oktober 2016)


            Menurut portal rasmi SPRM, punca utama yang menyebabkan berlakunya rasuah di kalangan penjawat awam adalah kecenderungan mereka untuk mempunyai gaya hidup di luar kemampuan. Dalam hal ini, setiap orang juga berkecenderungan gaya hidup yang bertaraf tinggi dan lebih mewah. Setiap orang juga pernah bermimpi suatu hari nanti akan menikmati kereta mewah, beg tangan berjenama, jam tangan mewah, barangan kemas seperti berlian, rumah mewah yang bernilai tinggi dan menjadi seorang yang kaya-raya. Dengan ini, jika gaji bulanan seseorang itu ialah RM1200 hingga RM 4000 sahaja, membeli barangan mewah yang berjuta ringgit akan menyebabkan dia muflis dan ini merupakan hidup dalam situasi yang melebihi kemampuan sendiri. Oleh itu, mencari wang tambahan dari pelbagai saluran akan menjadi sasaran seseorang yang ingin kaya-raya dengan jalan pintas. Dengan itu, rasuah merupakan cara yang amat mudah untuk mendapatkan “gaji” tambahan dan sektor awam merupakan salah satu sektor yang paling mudah diterima suapan. Justeru, bagi penjawat awam yang kecenderungan mempunyai gaya hidup di laur kemampuan, mereka tidak akan melepaskan peluang menggayakan walaupun cara menggayakan itu melanggar undang-undang.


Timbunan wang... Beginilah suasana sidang akhbar di Pejabat Suruhanjaya
(dari Utusan Online pada 5 Oktober 2106)

            Seterusnya, sikap tamak dan sikap haloba juga salah satu punca yang menyebabkan berlakunya rasuah di kalangan penjawat awam. Sifat tamak dan haloba merupakan hati yang tidak puas akan harta dan kekayaan yang diperoleh. Oleh hal yang demikian, sifat tamak dan haloba bukan penjawat awam sahaja, malah juga di kalangan sektor yang lain. Bagi pihak yang tamak, mereka sanggup membuat kerja-kerja yang hina seperti rasuah. Mereka hanya mementingkan kekayaan dan kepentingan sendiri sehingga mengabaikan tanggungjawab diri. Berdasarkan Utusan Online pada 5 Oktorber 2016, dua pegawai kanan agensi kerajaan negeri Sabah dibongkar oleh Suruhanjaya Pensegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana terlibat dalam kes menyeleweng dan menyalah guna dana kerajaan Persekutuan untuk projek infrastruktur bekalan air di Sabah sejak enam tahun lalu. Dalam hal ini, dua pengawai yang mempunyai gaji yang baik dan hidup yang selesa tetapi masih tidak berpuas hati. Hal ini demikian kerana, sifat haloba dalam hati diri mereka menghasut mereka melakukan gejala rasuah ini yang boleh mendapatkan kekayaan dengan cepat. Justeru, sifat tamak ini sewajarnya dijauhi dari masyarakat supaya mewujudkan sebuah negara yang integrity tinggi.

Rampasan terbesar RM114.5 juta di Kota Kinabalu - SPRM
(dari Arstro Awani pada 5 Oktober 2016)
            Selain itu, kewujudan ruang dan peluang juga merupakan faktor yang menyebabkan berlakunya rasuah dalam kalangan penjawat awam. Menurutkan Utusan Online pada 11 April 2016, pada tahun yang lalu seramai 398 penjawat awam ditangkap kerana rasuah. Dan jumlah itu meningkat 173 orang berbanding tahun 2014. Peningkatan hampir sekali ganda dan boleh dikatakan gejala ini semakin serius di negara kita. Hal ini demikian kerana, terlalu banyak penurunan kuasa tanpa pengawasan yang bijak oleh pegawai atasannya akan mendedahkan banyak ruang dan peluang berlakunya perbuatan rasuah atau penyelewengan kuasa. Dengan ini, tanpa kawalan yang bijak dan kelemahan dalam sistem pelaksanaan kerja itu amat memudahkan individu mengambil peluang tersebut melakukan penyelewengan dan penyalahgunaan kuasa. Dalam hal ini, pekerjaan seperti imigrasi, kastam, polis, JPJ, dan pegawai yang berkuasa untuk meluluskan dokumen-dokumen tertentu merupakan pihak yang amat mudah terlibat dalam kegiatan rasuah.

                             (dari Utusan Online pada 5 Oktober 2016)
            Punca yang seterusnya ialah tahap integriti yang rendah di kalangan pegawai yang terbabit. Dalam hal yang sama, tahap integriti yang rendah juga boleh dikatakan kelemahan individu itu sendiri atau kurang nilai integriti di dalam diri sendiri. Selain itu, tahap integriti yang rendah di kalangan pegawai yang terbabit adalah kerana kekurangan pendidikan agama dan pengajaran moral. Apabila kekurangan ajaran moral dan agama yang perlu dipatuhi oleh seseorang, akan menyebabkan orang tersebut tidak mampu membuat pertimbangan untuk membezakan baik atau buruk sesuatu perkara. Tambahan pula, kurang penghayatan agama atau moral juga akan menyebabkan individu mudah terperangkap dengan gejala rasuah. Dalam zaman modenisasi ini, orang ramai semakin mengabaikan dan meminggirkan akhlak mulia dan nilai-nilai murni terpuji. Dalam hal yang sama, mereka kurang sedar tentang dosa dan buat apa yang penting bagi mereka sahaja tidak mengira perkara itu melanggar peraturan atau tidak. Justeru, individu yang kurang didikan agama, moral, akhlak, serta nilai murni merupakan faktor yang paling besar menyebabkan mereka rasuah, penyalahguna, dan penyelewengan kuasa.

Kera tan Utusan Malaysia mengenai tangkapan kes rasuah sepanjang Ogos hingga September 2016.
(dari Utusan Online pada 5 Oktober 2016)

Akhirnya, punca seterus yang menyebabkan berlakunya rasuah di kalangan penjawat awam ialah faktor pembangunan ekonomi dan modenisasi. Dalam hal ini, perlumbaan moden memperlihatkan para kontraktor berlumba-lumba untuk mendapatkan tender. Hal ini demikian kerana, mengambil kesempatan itu akan membolehkan mereka mengaut keuntungan yang banyak. Oleh itu, projek pembangunan yang menguntung akan menyebabkan mereka berlumba-lumba mendapatkan tender serta meningkatkan luang rasuah. Dalam hal ini, pihak kontraktor yang tamak akan berusaha untuk memenangi hati pegawai yang membuat keputusan atau pegawai yang berkuasa. Apabila dapat memenangi hati pegawai tertentu, mereka akan berpeluang mendapatkan kesempatan yang boleh memperkaya. Dengan erti kata lain, gejala rasuah semakin meningkat disebabkan oleh mereka ingin mendapatkan tender, melepaskan hukuman, dan mempercepatlan bayaran atau urusan pejabat. Tambahan pula, sesetengah pengawai juga akan mengambil kesempatan itu untuk memperkaya diri sendiri. Sebagai contohnya, menurut Astro Awani, dua orang pengawai kanan kerajaan negeri Sabah yang salah guna kuasa tersebut disyaki memonopoli projek-projek bernilai lebih RM3.3 bilion sejak 2010 yang dikendalikan jabatan itu kepada sanak mereka. Justeru, pembangunan yang cepat dan modenisasi ini memberikan tekanan kepada masyarakat untuk hidup berlumba-lumba dan ini turut meluaskan peluang masyarakat terlibat dalam gejala rasuah. 

Kesimpulannya, kegiatan rasuah merupakan gejala yang boleh menjatuhkan dan memusnahkan imej negara. Berdasarkan laman web Suruhan Jaya Pencegahan Rasuah Malaysia, rasuah merupakan suatu perbuatan sama ada memberi atau menerima sesuatu yang berbentuk wang tunai atau barangan berharga sebagai upah bagi melakukan suatu perbuatan yang mempunyai kaitan dengan bidang tugas seseorang itu. Rasuah juga merupakan suatu jenayah atau kegiatan yang melanggar undang-undang. Oleh hal yang demikian, pihak berkuasa atau kerajaan patut mengambil beberapa tindakan yang berkesan untuk mengatasi masalah yang semakin serius ini serta melahirkan penjawat awam yang berintegriti. Tegasnya, peningkatan integriti ini dapat menbantu meralisasikan hasrat kerajaan untuk mempertingkat daya saing negara di peringkat antarabangsa dan menjadi sebuah negara yang maju. 








Rujukan

Maisarah Sheikh Rahim. (2016, April 11). Rasuah dalam kalangan penjawat awam: di mana silapnya? Utusan Online. Dapat kembali Oktober 7, 2016, dari http://www.utusan.com.my/berita/jenayah/rasuah-dalam-kalangan-penjawat-awam-di-mana-silapnya-1.239865

Pairin belum terima laporan siasatan terhadap pegawai kanan. (2016, Oktober 7). Berita Harian Online. Dapat kembali Oktober 8, 2016, dari http://www.bharian.com.my/node/199754

Rampasan terbesar RM 114.5 juta di Kota Kinabalu SPRM. (2016, Oktober 5). Astro Awani. Dapat kembali Oktober 6, 2016, dari http://www.astroawani.com/berita-malaysia/rampasan-terbesar-rm114-5-juta-di-kota-kinabalu-sprm-118536

Rasuah luar biasa dibongkar. (2016, Oktober 6). Utusan Online. Dapat kembali Oktober 7, 2016, dari http://www.utusan.com.my/berita/jenayah/rasuah-luar-biasa-dibongkar-1.391240

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (n.d). Dapat kembali Oktober 8, 2016, dari http://www.sprm.gov.my/index.php/pertanyaan-umum



Tuesday, September 20, 2016

Fungsi sukan dalam pembangunan negara.




                                                                            (dari Mysumber 2016)
Image result for olimpik rio malaysia 2016
                                                    (dari Astro Awani 24 Ogos 2016)


            Malaysia merupakan sebuah negara yang unik. Hal ini demikian kerana masyarakatnya terdiri daripada berbilang kaum iaitu kaum Melayu, Cina, India dan lain-lain. Tiga kaum utama serta rakyat peribumi yang lain dapat hidup dalam keadaan yang aman dan damai. Rakyat Malaysia dapat hidup bersatu padu berdasarkan atas prinsip-prinsip Rukun Negara dan pelbagai langkah telah dilaksanakan untuk memupuk perpaduan rakyat. Salah satu kaedah yang dapat meningkatkan semangat perpaduan masyarakat Malaysia ialah sukan. Hal ini demikian kerana, kebanyakan rakyat Malaysia amat meminati sukan. Bola sepak, bola tampar, badminton, bola keranjang, renang, futsal merupakan sukan yang paling popular di negara kita. Dalam sukan Olimpik Rio yang baru habis pada bulan lepas, Malaysia merupakan salah satu negara yang menghantar atlet ke kejohanan sukan terbesar dunia ini. Acara yang atlet Malaysia bertanding dalam Sukan Olimpik ini ialah acara badminton, lumba basikal, terjun papan anjal, golf, renang, angkat berat, olah raga, perahu layar, menembak, dan memanah. Sukan Olimpik ini menarik minat seluruh rakyat Malaysia bersama-sama menyaksikan masa gemilang Rio Brazil. Walau bagaimanapun, atlet negara tidak dapat memungut pingat Emas dalam Sukan Olimpik edisi 2016 tetapi juga meraih 4 pingat Perak dan 1 pingat Gangsa untuk Malaysia. Sesunggurnya, pencapaian atlet Malaysia di Sukan Olimpik telah membawa pelbagai impak yang positif kepada rakyat dan negara. Tegasnya, sukan merupakan aktiviti yang perlu digalakkan kerana ia memberikan sumbangan kepada pembangunan negara dan juga memanfaatkan individu.


Seperti yang kita maklum, sukan merupakan suatu aktiviti yang amat memberi manfaat kepada kita sama ada kepada negara atau rakyat. Menurut Utusan talian pada 22 Ogos 2016, sukan adalah antara saluran paling berkesan bagi menyatukan rakyat pelbagai kaum di negara ini. Seperti sukan Olimpik 2016 di Rio Brazil yang baru habis, atlet-atlet Malaysia telah memenangi empat pingat perak dan satu gangsa malahan kemenangan kepada seluruh rakyat Malaysia yang cintakan perpaduan. Dalam konteks ini, seluruh rakyat Malaysia tidak mengira kaum dan agama setia di depan televisyen dan berkumpul di Dataran Putrajaya atau dataran di seluruh Malaysia untuk mengambil peluang menyaksikan perlawanan antara atlet negara dengan atlet negara lain. Selain itu, rakyat Malaysia juga tidak melepaskan peluang untuk bersorak dan memberi sokongan kepada atlet negara walaupun di depan televisyen sahaja. Hakikatnya, pencapaian pemain negara di sukan Olimpik Rio ini telah meningkatkan semangat patriotik dan dapat memupuk perpaduan antara kaum di Malaysia. Oleh itu, sukan mampu memupukkan semangat satu Malaysia.

Dalam hal ini, semangat satu Malaysia dan semangat tidak berputus asa yang dicapai oleh atlet negara seperti Datuk Lee Chong Wei, Pandelela Rinong, Azizulhasni Awang, dan sebagainya telah memberi daya juang kepada atlet-atlet Paralimpik 2016 di Rio sekarang. Atlet-atlet Paralimipik bukan sahaja menyambungkan kemenangan pungutan pingat di sukan Olimpik, malah juga berjaya lakar sejarah menang pingat emas untuk Malaysia. Menurut Berita Harian Online, (11 September 2016) pingat emas pertama dimenangi oleh Mohamad Ridzuan Mohamad Puzi dalam acara 100m T36 (celebral palsy) dan tidak lama kemudian, pingat emas kedua diraih Muhammad Ziyad Zolkefli dengan rekod baharu dunia dalam acara lontar peluru F20 (masalah pembelajaran). Seterusnya, Abdul Latif Romly juga menghadiakan pingat emas ketiga negara dan pecah rekod dunia dalam acara lompat jauh kategori T20 (kurang upaya intelektual) di Sukan Paralimpik Rio. Selain itu, hal ini juga akan menarik lebih banyak generasi muda berminat dengan sukan, akhirnya Malaysia akan melahirkan pelbagai pemain yang cermelang dan layak lawan atau berlumba di pentas bertaraf antarabangsa. Saya percaya semangat tidak berputus asa atlet dapat mempengaruhi atlet yang lain untuk membuat yang terbaik dan melahirkan generasi yang berpotensi tinggi dalam bidang sukan.

Dengan ini, imej negara juga dapat ditingkatkan semasa bendera negara, Jalur Gemilang dan lagu Negaraku berkumandang di pentas bertaraf dunia. Walau bagaimanapun Jalur Gembilang dan lagu Negaraku tidak dapat dikumandang, imej negara juga dapat diharumkan. Hal ini demikian kerana, apabila negara kita mengambil bahagian dalam sukan yang bertaraf dunia, nama negara Malaysia akan dikenali atau muncul di televisyen seluruh dunia. Menurut berita Astro Awani (Ogos 25, 2016), Datuk Nicol Ann David telah mencatat rekod kemenangan Terbuka Hong Kong sebanyak 10 kali sejak 2006. Kemenangan dan pencapaian tersebut turut mengharumkan nama negara dan imej Malaysia. Tambahan pula, Malaysia telah meriah 4 pingat Perak dan 1 pingat Gangsa di Sukan Olimpik Rio 2016 dan juga memungut 3 pingat Emas dan 1 pingat Gangsa di Sukan Paralimpik Rio 2016. Ini juga pencapaian yang terbaik bagi atlet Malaysia dalam Sukan Olimpik dan Sukan Paralimpik. Hal ini membolehkan seluruh dunia mengetahui Malaysia merupakan salah satu negara yang cemerlang dalam bidang sukan dan mengenali negara Malaysia.

            Seterusnya, aktiviti sukan telah diakui penting untuk kesihatan manusia dan mendapat menkuatkan badan kita. Walaupun aktiviti sukan amat memanfaatkan kesihatan kita, tetapi masih ada orang yang degil dan tidak suka bersenam atau aktiviti sukan. Oleh hal yang demikian, kita boleh mengeksploit sukan Olimpik musim panas di Rio ini yang masih hangat, mengalakkan rakyat terlibat dalam aktiviti sukan. Atlet Malaysia kali ini telah menjadi idola rakyat Malaysia dan dianggap sebagai wira negara. Jadi, atlet negara sememangnya mengumandangkan orang ramai melibatkan diri dalam aktiviti sukan atau bersenam. Pihak berkuasa patut mengiklankan kebaikan sukan di media massa dan mengekspoit daya tarik atlet terkenal di Malaysia supaya dapat menarik minat rakyat bersenam. Dalam hal ini, apabila kita bermain bola keranjang, bola sepak, bola tampar, olahraga, dan badminton misalnya akan berpeluh dan melancarkan peredaran darah. Hal ini turut membolehkan jantung kita berfungsi dengan baik, dan juga menguatkan tulang serta otot kita. Dalam hal yang sama, aktiviti sukan mampu melahirkan masyarakat yang sihat dan turut membantu kerajaan membangunkan negara.

            Mampu atau tidak sukan mengubah nasib seseorang? Jawapannya. Seperti yang kita maklum, atlet golongan OKU (orang kurang upaya) telah menghadiakan pingat emas kepada negara Malaysia di Sukan Paralimpik Rio. Hal ini membuka mata dan minda seluruh masyarakat bahawa kekurangan bukan satu halangan untuk berlawan. Tambahan pula, kejayaan dan pengorbanan mereka memberitahu seluruh rakyat prasarana dan kemudahan yang lebih khusus untuk golongan OKU amat diperlukan. Menurut Utusan Online (September 14, 2016), Abdul Latif Romly, pemenang pingat emas Sukan Paralimpik dalam lompat jauh T20 di Rio pernah mencipta kemenangan pertama dalam Sukan Para ASEAN di Nay Pyi Taw, Myanmar pada 2014 dan telah menghadiahkan wang kemenangannya untuk dibuat sedikit tambahan rumah dan ruang dapur. Walau beliau tergolong dalam golongan orang kurang upaya (OKU) tetapi beliau juga seperti orang lain yang tidak pernah menjadikan kekurangan diri itu sebagai penghalang tambahan kejayaan. Sekarang beliau mampu mengubah nasib keluarga dan dirinya untuk memberi tempat tinggi yang lebih selesa kepada keluarganya. Berdasarkan berita Utusan Online, pada 13 September 2016, seorang bekas atlet memberi pandangan tentang ketibaan masa kerajaan mewujudkan pusat pengajian khusus, pelatih professional, pelbagai keperluan dilengkapi untuk atlet OKU supaya meningkatkan kemahiran sampingan dalam diri. Hal ini juga memberi keyakinan kepada ibu bapa yang memiliki anak-anak OKU menyerahkan anak mereka ke pangkuan negara. Oleh itu, hal ini melakar sejarah dalam bidang sukan Malaysia dan berjaya menarik perhatian seluruh rakyat tentang keperluan yang golongan OKU perlu.

          Secara kesimpulan, pihak berkuasa atau kerajaan harus mengetahui keperluan yang betul-betul diperluhi oleh atlet negara. Hal ini demikian kerana prasarana, kemudahan pusat latihan yang lengkap membolehkan atlet negara dilatih secara profesional supaya melahirkan seorang atlet yang cermelang dan turut meningkatkan imej negara. Sehubungan dengan itu, aktiviti sukan juga melahirkan masyarakat yang berkualiti dan menurunkan kadar kematian negara. Justeru, usaha untuk meningkatkan kesedaran dan menarik minat orang ramai terlibat dalam aktiviti sukan yang amat berfaedah ini mestilah dilaksanakan dari semasa ke semasa supaya merealisasikan matlamat kerajaan serta Wawasan 2020.


Image result for nicol david  2016
                      (Nicol David: dari Linked in 11 Mac 2016)
                                              (dari Astro Awani 20 Julai 2016)


Rujukan
Malaysia lakar sejarah menang 2 emas Paralimpik Rio. (2016, September 11). Berita Harian Online. Dapat kembali September 16, 2016, dari http://www.bharian.com.my/node/191732

Nazmizan Mohamad. (2016, September 13). Meraikan jagoan istimewa bertaraf dunia. Utusan Online. Dapat kembali September 18, 2016, dari http://m.utusan.com.my/rencana/meraikan-jagoan-istimewa-8232-bertaraf-dunia-1.382178

Nicol mara ke suku akhir terbuka Hong Kong. (2016, Ogos 25). Astro Awani. Dapat kembali September 16, 2016, dari http://www.astroawani.com/berita-sukan/nicol-mara-ke-suku-akhir-terbuka-hk-115112

Sholina Osman. (2016, September 15). Latif ubah nasib keluarga. Utusan Online. Dapat kembali September 17, 2016, dari http://www.utusan.com.my/sukan/latif-ubah-nasib-keluarga-1.382808

Sukan satukan rakyat Malaysia. (2016, Ogos 22). Utusan Online. Dapat kembali September 17, 2016, dari http://www.utusan.com.my/rencana/forum/sukan-satukan-rakyat-malaysia-1.373355