Amalan rasuah yang sudah lama wujud di Malaysia semakin membimbangkan. Pada 5 Oktober 2016, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) merampas RM114.5 juta daripada dua orang pegawai kanan sebuah agensi kerajaan Kota Kinabalu, Sabah. Menurut Berita Harian Online pada 5 Oktorber 2016, Timbalan Ketua Pesuruhjaya SPRM (operasi) Datuk Azam Baki berkata rampasan wang tunai tersebut merupakan rampasan yang terbesar dalam sejarah SPRM. Penyalahgunaan kuasa yang membabitkan projek infrastruktur bernilai RM3.3 bilion di Sabah bukan sahaja mengecewakan hati orang Sabah, malah juga mengecewakan hati seluruh rakyat Malaysia. Persoalannya, mengapakan pegawai penjawat awam tersebut tidak bersyukur mempunyai gaji yang stabil dan mendapati makanan yang cukup? Justeru, pelbagai punca gejala rasuah berlaku di kalangan penjawat awam perlu dikenal pasti sebelum nasi menjadi bubur.
![]() |
(dari Utusan Online pada 5 Oktober 2016) |
Menurut portal rasmi SPRM, punca
utama yang menyebabkan berlakunya rasuah di kalangan penjawat awam adalah
kecenderungan mereka untuk mempunyai gaya hidup di luar kemampuan. Dalam hal
ini, setiap orang juga berkecenderungan gaya hidup yang bertaraf tinggi dan lebih
mewah. Setiap orang juga pernah bermimpi suatu hari nanti akan menikmati kereta
mewah, beg tangan berjenama, jam tangan mewah, barangan kemas seperti berlian, rumah
mewah yang bernilai tinggi dan menjadi seorang yang kaya-raya. Dengan ini, jika
gaji bulanan seseorang itu ialah RM1200 hingga RM 4000 sahaja, membeli barangan
mewah yang berjuta ringgit akan menyebabkan dia muflis dan ini merupakan hidup
dalam situasi yang melebihi kemampuan sendiri. Oleh itu, mencari wang tambahan
dari pelbagai saluran akan menjadi sasaran seseorang yang ingin kaya-raya
dengan jalan pintas. Dengan itu, rasuah merupakan cara yang amat mudah untuk
mendapatkan “gaji” tambahan dan sektor awam merupakan salah satu sektor yang
paling mudah diterima suapan. Justeru, bagi penjawat awam yang kecenderungan
mempunyai gaya hidup di laur kemampuan, mereka tidak akan melepaskan peluang
menggayakan walaupun cara menggayakan itu melanggar undang-undang.
![]() |
(dari Utusan Online pada 5 Oktober 2106) |
Seterusnya, sikap tamak dan sikap
haloba juga salah satu punca yang menyebabkan berlakunya rasuah di kalangan
penjawat awam. Sifat tamak dan haloba merupakan hati yang tidak puas akan harta
dan kekayaan yang diperoleh. Oleh hal yang demikian, sifat tamak dan haloba
bukan penjawat awam sahaja, malah juga di kalangan sektor yang lain. Bagi pihak
yang tamak, mereka sanggup membuat kerja-kerja yang hina seperti rasuah. Mereka
hanya mementingkan kekayaan dan kepentingan sendiri sehingga mengabaikan
tanggungjawab diri. Berdasarkan Utusan
Online pada 5 Oktorber 2016, dua pegawai kanan agensi kerajaan negeri Sabah
dibongkar oleh Suruhanjaya Pensegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana terlibat
dalam kes menyeleweng dan menyalah guna dana kerajaan Persekutuan untuk projek
infrastruktur bekalan air di Sabah sejak enam tahun lalu. Dalam hal ini, dua pengawai
yang mempunyai gaji yang baik dan hidup yang selesa tetapi masih tidak berpuas
hati. Hal ini demikian kerana, sifat haloba dalam hati diri mereka menghasut
mereka melakukan gejala rasuah ini yang boleh mendapatkan kekayaan dengan
cepat. Justeru, sifat tamak ini sewajarnya dijauhi dari masyarakat supaya
mewujudkan sebuah negara yang integrity tinggi.
![]() |
(dari Arstro Awani pada 5 Oktober 2016) |
Selain itu, kewujudan ruang dan
peluang juga merupakan faktor yang menyebabkan berlakunya rasuah dalam kalangan penjawat
awam. Menurutkan Utusan Online pada 11 April 2016, pada tahun yang lalu seramai
398 penjawat awam ditangkap kerana rasuah. Dan jumlah itu meningkat 173 orang
berbanding tahun 2014. Peningkatan hampir sekali ganda dan boleh dikatakan
gejala ini semakin serius di negara kita. Hal ini demikian kerana, terlalu
banyak penurunan kuasa tanpa pengawasan yang bijak oleh pegawai atasannya akan
mendedahkan banyak ruang dan peluang berlakunya perbuatan rasuah atau penyelewengan
kuasa. Dengan ini, tanpa kawalan yang bijak dan kelemahan dalam sistem
pelaksanaan kerja itu amat memudahkan individu mengambil peluang tersebut
melakukan penyelewengan dan penyalahgunaan kuasa. Dalam hal ini, pekerjaan seperti
imigrasi, kastam, polis, JPJ, dan pegawai yang berkuasa untuk meluluskan
dokumen-dokumen tertentu merupakan pihak yang amat mudah terlibat dalam
kegiatan rasuah.
![]() |
(dari Utusan Online pada 5 Oktober 2016) |
Punca yang seterusnya ialah tahap
integriti yang rendah di kalangan pegawai yang terbabit. Dalam hal yang sama,
tahap integriti yang rendah juga boleh dikatakan kelemahan individu itu sendiri
atau kurang nilai integriti di dalam diri sendiri. Selain itu, tahap integriti
yang rendah di kalangan pegawai yang terbabit adalah kerana kekurangan
pendidikan agama dan pengajaran moral. Apabila kekurangan ajaran moral dan
agama yang perlu dipatuhi oleh seseorang, akan menyebabkan orang tersebut tidak
mampu membuat pertimbangan untuk membezakan baik atau buruk sesuatu perkara.
Tambahan pula, kurang penghayatan agama atau moral juga akan menyebabkan
individu mudah terperangkap dengan gejala rasuah. Dalam zaman modenisasi ini,
orang ramai semakin mengabaikan dan meminggirkan akhlak mulia dan nilai-nilai
murni terpuji. Dalam hal yang sama, mereka kurang sedar tentang dosa dan buat
apa yang penting bagi mereka sahaja tidak mengira perkara itu melanggar
peraturan atau tidak. Justeru, individu yang kurang didikan agama, moral,
akhlak, serta nilai murni merupakan faktor yang paling besar menyebabkan mereka
rasuah, penyalahguna, dan penyelewengan kuasa.
![]() |
(dari Utusan Online pada 5 Oktober 2016) |
Akhirnya,
punca seterus yang menyebabkan berlakunya rasuah di kalangan penjawat awam ialah
faktor pembangunan ekonomi dan modenisasi. Dalam hal ini, perlumbaan moden
memperlihatkan para kontraktor berlumba-lumba untuk mendapatkan tender. Hal ini
demikian kerana, mengambil kesempatan itu akan membolehkan mereka mengaut
keuntungan yang banyak. Oleh itu, projek pembangunan yang menguntung akan
menyebabkan mereka berlumba-lumba mendapatkan tender serta meningkatkan luang
rasuah. Dalam hal ini, pihak kontraktor yang tamak akan berusaha untuk
memenangi hati pegawai yang membuat keputusan atau pegawai yang berkuasa.
Apabila dapat memenangi hati pegawai tertentu, mereka akan berpeluang
mendapatkan kesempatan yang boleh memperkaya. Dengan erti kata lain, gejala
rasuah semakin meningkat disebabkan oleh mereka ingin mendapatkan tender,
melepaskan hukuman, dan mempercepatlan bayaran atau urusan pejabat. Tambahan
pula, sesetengah pengawai juga akan mengambil kesempatan itu untuk memperkaya
diri sendiri. Sebagai contohnya, menurut Astro Awani, dua orang pengawai kanan
kerajaan negeri Sabah yang salah guna kuasa tersebut disyaki memonopoli
projek-projek bernilai lebih RM3.3 bilion sejak 2010 yang dikendalikan jabatan
itu kepada sanak mereka. Justeru, pembangunan yang cepat dan modenisasi ini
memberikan tekanan kepada masyarakat untuk hidup berlumba-lumba dan ini turut meluaskan
peluang masyarakat terlibat dalam gejala rasuah.
Kesimpulannya, kegiatan rasuah merupakan gejala yang boleh menjatuhkan dan memusnahkan imej negara. Berdasarkan laman web Suruhan Jaya Pencegahan Rasuah Malaysia, rasuah merupakan suatu perbuatan sama ada memberi atau menerima sesuatu yang berbentuk wang tunai atau barangan berharga sebagai upah bagi melakukan suatu perbuatan yang mempunyai kaitan dengan bidang tugas seseorang itu. Rasuah juga merupakan suatu jenayah atau kegiatan yang melanggar undang-undang. Oleh hal yang demikian, pihak berkuasa atau kerajaan patut mengambil beberapa tindakan yang berkesan untuk mengatasi masalah yang semakin serius ini serta melahirkan penjawat awam yang berintegriti. Tegasnya, peningkatan integriti ini dapat menbantu meralisasikan hasrat kerajaan untuk mempertingkat daya saing negara di peringkat antarabangsa dan menjadi sebuah negara yang maju.
Rujukan
Maisarah Sheikh
Rahim. (2016, April 11). Rasuah dalam kalangan penjawat awam: di mana silapnya?
Utusan Online. Dapat kembali Oktober
7, 2016, dari http://www.utusan.com.my/berita/jenayah/rasuah-dalam-kalangan-penjawat-awam-di-mana-silapnya-1.239865
Pairin
belum terima laporan siasatan terhadap pegawai kanan. (2016, Oktober 7). Berita Harian Online. Dapat kembali
Oktober 8, 2016, dari http://www.bharian.com.my/node/199754
Rampasan
terbesar RM 114.5 juta di Kota Kinabalu SPRM. (2016, Oktober 5). Astro Awani. Dapat kembali Oktober 6,
2016, dari http://www.astroawani.com/berita-malaysia/rampasan-terbesar-rm114-5-juta-di-kota-kinabalu-sprm-118536
Rasuah
luar biasa dibongkar. (2016, Oktober 6). Utusan
Online. Dapat kembali Oktober 7, 2016, dari http://www.utusan.com.my/berita/jenayah/rasuah-luar-biasa-dibongkar-1.391240
Suruhanjaya
Pencegahan Rasuah Malaysia (n.d). Dapat kembali Oktober 8, 2016, dari http://www.sprm.gov.my/index.php/pertanyaan-umum